banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

3 Sept 2012

Hari Pertunangan Kakak

             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera salam pembuka bicara....Kali ni cerita saya pasal kakak saya tunang. Baru-baru ini pada 21 ogos bersamaan 3 syawal (hari raya ketiga) telah berlansung satu majlis yang amat bermakna di dalam keluarga saya iaitu majlis pertunangan kakak saya Nazifah Bt Mohd Yajid. 

         Kakak nazifah atau dengan nama panggilan kak pah (26 tahun) telah selamat di ikatkan pertunangan dengan seorang parajuit muda, Mohd Sanafie Bin Mat Salleh (25 tahun) iaitu seorang anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan baik & jayanya.

        Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada kakak kerana telah selamat bertunang.. hehe... dah jadi tunang orang dah.. :-)  semoga abg sanafie menjaga kakak dengan baik ye.. take good care of her k... please my future brother-in-law. Semoga kak pah & abg nafi bahagia2 selalu yer... Saya tumpang gembira di atas pertunangan kamu berdua ini... Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair..




"Sirih di madah pinang dibelah, Adat diturut tersusun rapi, Merisik sudah bertunang pun sudah, Cuma menunggu majlis yang dinanti.."



            Setelah perbincangan dirunding dengan sepenuhnyaMengikut kata sepakat yang telah dibuat antara kedua2 belah pihak, maka penetapan tarikh telah ditentukan. insyaAllah majlis perkhahwinan akan di adakan pada Hari Raya Haji tahun 2013. Semoga berjalan dengan lancar insyaAllah. 

         Ni antara gambar yang telah diambil oleh jurukamera mus mukhriz.. hehe... kebetulan abah baru je beli satu kamera baru, Canon 20 Megapixel tu... memang cantik la.... abah yg suruh sy jadi cameraman.. hmmm.... tp yg x syok nya gambar saya sendiri satu pn xde sbb sy je yg pegang camera dari awal majlis hingga akhir... hehe... :-( sedey lak.. xper la... yg penting gambar-gambar ni ada.. menjadi satu kenangan yang cukup indah bagi saya & keluarga...



 


















"Setiap insan didunia ini dijadikan berpasang-pasang agar mereka dapat memadu kasih... "
 ~ Selamat bertunang Nazifah & Sanafie 


"Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata."


"Anak dara mengait benang
benanglah kapas benang dikanji
tibalah masa majlis bertunang
tanda sehati mengikat janji"



No comments:

Post a Comment