banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

18 Jun 2012

Hujung Minggu Di Key L :-)

               Assalamualaikum..hai,hai salam blogger...Sabtu-16/06/2012-KL.. Seharian Jalan2 di hujung minggu..- Kali ni g kuala lumpur jalan2 bersama roomate sy (hilmi)... kami ke KL ngn komuter ... dari Shah Alam gerak kira2 dalam jam 12.30 tghari .. yg bestnya first time naik komuter baru(SCS)...huhu..komuter baru ni dy luas ckit berbanding yg lama..sangat selesa.. (aiiseyy..very comfortable man! ) suka2... 

              First,dari Shah Alam, kami amik tiket ke Bandar Tasik Selatan, g jumpa member hilmi, nama dia asri (org sabah bha)..sbb dia dari Melaka, asri ni  bekas student ciast gak la, skunk dy mengajar kt kolej di melaka... (^_^)..
              
           Sebenarnya, Mus pn first time jugak la smpai kt TBS ni.. hehe memang canggih la... serba moden,, dah mcm airport dah suasana n situasi kt TBS ni.. pastu amik tiket ke KL sentral balik then g pusing2 kt time square n plaza lowyat :-)


Bergambar bersama Hilmi semasa dalam perjalanan balik ke Shah Alam

          
Tempat menunggu/ketibaan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan


peta untuk ke lowyat


         Ade la beli barang sikit kt lowyat...pusing2 punya pusing n survey2.. then singgah la beli barang kt kedai sri komputer(http://www.srikom.com.my), kt sini kira murah la jugak kalau nk dibandingkan ngn kedai2 lain.. kt lowyat ni kena pndai2 survey harga sbb hrga memg bnyak berbeza kn,,, kalau yg ada nk clear stock tu lagi la sale murah2... kt sri komputer ni  beli pendrive jenama Sony , Laptop Cooling Dock & wireless mouse 2.4 Ghz.. (hehe mouse ni nk bagi  kt someone special)  huhuhu.......berjalan sakan gak la .... 



                              Plaza Low Yat Shopping Centre






        Dengan keadaan cuaca yg berjerebu, kira x panas sgt la berjalan jauh.... then selepas maghrib trus gerak balik Shah Alam... :-) hehe.... pergi & balik dapat naik train baru... kira berbaloi jugak la walaupn kami terlepas train masa nk balik (yeaa.. lets enjoy the holiday).....


Komuter SCS

P/s * Sedikit info mengenai train ni:

Komuter SCS  ( Six-Car-Set ) ni di beli dari negara China..mula beroperasi pada 8 mac 2012.. Tren 6 gerabak (SCS) ini mampu membawa sehingga 1,100 penumpang bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang. Selepas ini isu utama rungutan penumpang terhadap perkhidmatan KTM komuter mengenai kelewatan serta tempoh menunggu yg lama akan dapat diatasi.  KTMB merancang untuk melaksanakan jadual ketibaan setiap 10 minit pada waktu puncak apabila semua 38 set tren SCS digunakan. Tren SCS ini juga memiliki beberapa ciri istimewa seperti ruang tempat duduk dan berdiri yang lebih selesa, tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri, dua koc yg selesa untuk penumpang wanita sahaja dan ruang yg lebih selesa untuk golongan kurang upaya (OKU) di setiap koc. Tren ini juga dilengkapi dengan tiga unit kamera litar tertutup (CCTV) di setiap koc, tangga keselamatan untuk turun jika berlaku kecemasan serta sistem pengudaraan yang lebih baik. 











No comments:

Post a Comment