banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

16 Sept 2012

Selamat Hari Malaysia !




Assalamualaikum.. Salam sejahtera, satu malaysia... selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia. 'We 'll Stay United' i love Malaysia.... Keranamu Malaysia tanah air tercinta... Namamu kini megah di sebut-sebut di mata dunia.  :-)

Setiap rakyat Malaysia pasti mengingati tarikh keramat tanggal 31 Ogos 1957, Begitu juga dengan Tarikh 16 September 1963 iatu hari kegemilangan pembentukan sebuah Negara demokrasi, Malaysia. Persekutuan ini telah diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.


Kronologi Peristiwa Penubuhan Malaysia 



TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia



RENTETAN PERISTIWA

1.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Di majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia.
2.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga yang telah diadakan.
3.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri Borneo Utara dan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri dari kiri Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell
4.Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962. Penyata ini menerangkan hasil Laporan Suruhanjaya yang menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Laporan ini kemudiannya dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jun 1962
5.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di Residensi beliau pada 6 Julai 1963, bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia.


11.Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
Pelajar-pelajar sekolah membentuk perkataan ‘Hidup Malaysia’ sempena sambutan Hari Malaysia yang telah diadakan di Stadium Merdeka pada 17 September 1963
12.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan diraja di upacara pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963. Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh 30,000 rakyat jelata dari pelbagai kaum.
13.Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963.
14.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Watikah pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963.

               http://www.arkib.gov.my


*Saya bangga jadi Anak Malaysia... Malaysia Boleh!!!  ~peace no war :=)

No comments:

Post a Comment