banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

27 Sept 2012

Tips Kesihatan

Assalamualaikum, salam blogger... :-)


Di sini saya kongsikan sedikit Tips yang berguna untuk anda ...


1. Gunakan telinga kiri ketika menjawab telefon



Berdasarkan beberapa pendapat mengatakan bahawa cara untuk menjawab telefon adalah menggunakan telinga kiri kerana apabila kita menggunakan telinga kanan boleh memberi kesan kepada otak! Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?

Ada juga mengatakan yang apabila anda membuat sesuatu panggilan, jangan meletakkan telefon terlalu dekat dengan telinga anda sehingga panggilan anda dijawab. Ini kerana ketika anda mendail sesuatu nombor, signal yang kuat digunakan oleh telefon anda (kira-kira 2watts = 33dbi [SUMBER])

Masih tidak dapat dibuktikan lagi samaada FAKTA ini benar atau tidak. Jadi untuk menyelamatkan otak anda. sila jawab telefon menggunakan handsfree atau jawab menggunakan telinga kiri.


2. Jangan mengambil ubat-ubatan dengan meminum air sejuk

Air suam yang dimasak adalah terbaik untuk menghalang badan kita daripada hidrasi dan cukup garam mineral untuk keperluan normal manusia.. Kurang sesuai jika ubat atau pil bercampur dengan air sejuk. ini kerana ubat tidak larut dengan sebaiknya.

3. Elakkan makan makanan berat selepas jam 5.00 petang


4. Minum Lebih air pada waktu siang, kurangkan minum pada waktu malam

Sebab itu pakar kesihatan sendiri pun mengesyokan kita minum air yang banyak dalam kehidupan seharian kita.


5.Masa tidur yang paling sesuai ialah dari jam 10.00 malam hingga jam 4.00 pagi

Seperti yang kita sedia maklum. penjagaan waktu tidur kita perlu dititik beratkan setiap hari kerana ia memberi kesan kepada kita. seeloknya orang dewasa perlu tidur selama 8 jam . tidak terlalu awal & terlalu lewat. kalau tidur awal tiada masalah cuma bila tidur lewat kita akan mudah untuk jatuh sakit kerana tidak  cukup tidur. 


6. Jangan terus berbaring selepas makan ubat

Ini kerana bagi memudahkan ubat itu dihadam dalam tubuh badan. sama seperti makan, kita juga tidak digalakkan untuk terus tidur atau baring selepas makan kerana akan menyukarkan proses penghadaman. Sekurang-kurangnya kita bersandar seketika.

7. Bila bateri sudah tinggal satu garis( satu bar), jangan jawab phone kerana paras radiasinya adalah 1000 kali ganda.

Selain itu kita juga tidak digalakkan mengguna handphone apabila signal bar tiada atau 1.. sebabnya hp akan menggunakan tenaga yg lebih utk mendapatkan signal. Tenaga gelombang yg banyak akan digunakan dan memberi kesan yang bahaya kepada kita.



Marilah sama2 kita amalkan untuk kesihatan diri kita... :)

16 Sept 2012

Selamat Hari Malaysia !




Assalamualaikum.. Salam sejahtera, satu malaysia... selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia. 'We 'll Stay United' i love Malaysia.... Keranamu Malaysia tanah air tercinta... Namamu kini megah di sebut-sebut di mata dunia.  :-)

Setiap rakyat Malaysia pasti mengingati tarikh keramat tanggal 31 Ogos 1957, Begitu juga dengan Tarikh 16 September 1963 iatu hari kegemilangan pembentukan sebuah Negara demokrasi, Malaysia. Persekutuan ini telah diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.


Kronologi Peristiwa Penubuhan Malaysia 



TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia



RENTETAN PERISTIWA

1.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Di majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia.
2.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga yang telah diadakan.
3.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri Borneo Utara dan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri dari kiri Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell
4.Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962. Penyata ini menerangkan hasil Laporan Suruhanjaya yang menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Laporan ini kemudiannya dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jun 1962
5.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di Residensi beliau pada 6 Julai 1963, bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia.


11.Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
Pelajar-pelajar sekolah membentuk perkataan ‘Hidup Malaysia’ sempena sambutan Hari Malaysia yang telah diadakan di Stadium Merdeka pada 17 September 1963
12.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan diraja di upacara pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963. Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh 30,000 rakyat jelata dari pelbagai kaum.
13.Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963.
14.Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Watikah pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963.

               http://www.arkib.gov.my


*Saya bangga jadi Anak Malaysia... Malaysia Boleh!!!  ~peace no war :=)

15 Sept 2012

Marilah Berdiet : Kurangkan Kolestrol Dalam Badan



Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita seharian, untuk itu amatlah perlu kita mengetahui bagaimana cara bagi memastikan diri kita sentiasa sihat & bebas dari penyakit-penyakit. Perkara yang paling penting ialah kita perlu mengawal diet permakanan kita setiap hari. Walaupun begitu, makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi adalah yang selalu menjadi pilihan selera kita dalam seharian. Ini tidak menunjukkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Ini adalah antara 10 jenis makanan yang dikatakan makananan Anti-Kolestrol. Percaya atau tidak? Seharusnya kita percaya, kerana senarai-senarai berikut adalah  mengikut kajian saintifik yang telah dibuat secara terperinci.












1. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi


2. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


3. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan


4. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


5. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung


6. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh


7. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


8. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima..


9. KACANG SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.




*Penting untuk kita mengawal paras kolestrol dalam badan kita, kerana kolestrol yang tinggi mampu mengundang pelbagai penyakit bahaya. Jum kurangkan kolestrol dalam tubuh badan. Marilah kita sama-sama amalkan budaya pemakanan yang sihat. "Anda Sihat Anda Bahagia"    :-)


9 Sept 2012

ANUGERAH PERSAHABATAN


PERSAHABATAN ADALAH ANUGERAH
MEMBUAT KITA TERTAWA
MENANGIS , MENERIMA, MEMBERI,
DAN YG PALING PENTING,
IA MEMBUAT KITA MENGHARGAI HIDUP
JADILAH SPT EMBUN YG TUNDUK MENITISKAN
KASIH SAYANG
SETIA MENYIRAMI KALBU KEGERSANGAN
DGN MUTIARA KESABARAN DAN KACA KEBENARAN

LIFE CAN GIVE U A HUNDRED REASONS TO CRY
BUT YOU CAN GIVE LIFE A HUNDRED REASONS TO SMILE...

TEMAN SEJATI MAY BE BUKAN YG SELALU
DEKAT DI MATA, DEKAT BICARANYA
TTP DIA YANG SETIA DI HATI
DAN DIINGATI DLM STIAP BISIKAN DOANYA...

SOLEHAH WOMEN SMILE IN TIMES OF TROUBLE
GATHER STRENGH FROM DOA
AND GROW BRAVER BY ISTIGHFAR AND SOLAT...

TAHAJUD MENYERIKAN WAJAH
BERSYUKUR MEMBAJAI BARAKAH
BERMUHASABAH MENCETUS HIKMAH
BERTAWAKKAL MEMBUAHKAN PASRAH
BERSAUDARA MENYEMAI MAHABBAH
BERJIHAD MEMBANGUNKAN UMMAH...

KITA INGINKAN MENTARI
ALLAH TURUNKAN HUJAN DAN RIBUT
KITA BERSEDIH MENTARI TIADA LAGI
RUPANYA ALLAH INGIN HADIAHKAN KITA PELANGI
SEMOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR...

DAN AKU MENGASIHIMU KERANA ALLAH!!!






7 Sept 2012

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100




Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

*copy from anonymous page

3 Sept 2012

Hari Pertunangan Kakak

             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera salam pembuka bicara....Kali ni cerita saya pasal kakak saya tunang. Baru-baru ini pada 21 ogos bersamaan 3 syawal (hari raya ketiga) telah berlansung satu majlis yang amat bermakna di dalam keluarga saya iaitu majlis pertunangan kakak saya Nazifah Bt Mohd Yajid. 

         Kakak nazifah atau dengan nama panggilan kak pah (26 tahun) telah selamat di ikatkan pertunangan dengan seorang parajuit muda, Mohd Sanafie Bin Mat Salleh (25 tahun) iaitu seorang anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan baik & jayanya.

        Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada kakak kerana telah selamat bertunang.. hehe... dah jadi tunang orang dah.. :-)  semoga abg sanafie menjaga kakak dengan baik ye.. take good care of her k... please my future brother-in-law. Semoga kak pah & abg nafi bahagia2 selalu yer... Saya tumpang gembira di atas pertunangan kamu berdua ini... Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair..




"Sirih di madah pinang dibelah, Adat diturut tersusun rapi, Merisik sudah bertunang pun sudah, Cuma menunggu majlis yang dinanti.."



            Setelah perbincangan dirunding dengan sepenuhnyaMengikut kata sepakat yang telah dibuat antara kedua2 belah pihak, maka penetapan tarikh telah ditentukan. insyaAllah majlis perkhahwinan akan di adakan pada Hari Raya Haji tahun 2013. Semoga berjalan dengan lancar insyaAllah. 

         Ni antara gambar yang telah diambil oleh jurukamera mus mukhriz.. hehe... kebetulan abah baru je beli satu kamera baru, Canon 20 Megapixel tu... memang cantik la.... abah yg suruh sy jadi cameraman.. hmmm.... tp yg x syok nya gambar saya sendiri satu pn xde sbb sy je yg pegang camera dari awal majlis hingga akhir... hehe... :-( sedey lak.. xper la... yg penting gambar-gambar ni ada.. menjadi satu kenangan yang cukup indah bagi saya & keluarga...



 


















"Setiap insan didunia ini dijadikan berpasang-pasang agar mereka dapat memadu kasih... "
 ~ Selamat bertunang Nazifah & Sanafie 


"Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata."


"Anak dara mengait benang
benanglah kapas benang dikanji
tibalah masa majlis bertunang
tanda sehati mengikat janji"