banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

25 Dec 2012

Vitamin Hati



Wahai pemilik hati..pemilik segala cinta.
Wahai pemilik langit dan bumi...Tuhan sekalian kejadian alam,
Tiada yang maha agung selainMU.....
Diriku yang hina ini memohon belas kasihMu
Agar dikurniakan cahaya  kesejahteraan,
Untuk ku terus dan terus beribadah kepadaMu
Demi percaturan hidup menuju ke Akhirat..

Hari demi hari ku memohon rahmat dariMu
Kerana ubat penahan sakitku, pil sabarku
Pil tenang juga makin kosong dalam balang itu.
Antibiotik  tazkirah semakin hari semakin sedikit...
Namun ku cuba mengisi kekosongan itu,
Dengan seribu keiklasan dan ketakwaan,
Memohon petunjuk dan hidayahMU,
Agar hati ini sentiasa disirami dengan vitamin hati...
Semoga cukup bekalan untuk ke sana...
Perjalananku masih jauh menuju makrifatmu Ya Allah...
Ya Allah, tetapkan nikmat Iman dan nikmat Islam dalam jiwaku,

Ku mengharapkan dikurniakan segala-gala kebaikan...
Perlembutkan lidahku dengan mengalunkan menyebut namaMu
Ringankan jari jemariku dengan berzikir, bertasbih memujiMu
Kukuhkan hafalanku dengan kalimah firmanMu
Segarkan  taman hatiku dengan sirah junjunganMu
Kurniakanlah istiqomah dengan ucapan syahadahMu
Sulamkanlah tawaduk untuk pakaian diriku  ya Allah..

Bersabarlah Wahai Hati, Allah Pasti Memberikan Yang Terindah Buatmu….
Bersabarlah, dan terus bersabar lagi… Yakinlah dengan Janji Rabb ...
Moga-moga diriku tegar bersama panjiMu,
Dari dulu, kini dan selamanya
Berlandaskan al Quran wa as sunnah.. InsyaAllah

Amin…

17 Dec 2012

Harapan


Pabila pokok dijadikan berdaun,
Begitu juga jiwa diciptakan berperasaan.
Namun sukar untuk ditafsirkan
Pabila manusia mestinya punya perasaan yang berbeza
Antara menjaga hati sendiri
Tersepit dalam dunia yang sepi
Terus menjadi alpa kian suci
Mencipta segenap keindahan dalam taman hati
Moga duka itu hanyalah sementara
Lirih dalam sendu dan tawa ada DIA
Meniup semangat pada hati yang rapuh
Pada perasaan yang luluh
Kecewa dengan setiap bibit dugaan
Namun terselit sebuah harapan
Agar semuanya kembali bersinar
Melakar detik-detik yang bahagia
TUHAN,izinkan sekali lagi
Bahagia itu bertamu buat kami…





Cetusan nukilan jiwa seorang teman istimewa


15 Dec 2012

Di Sebalik 12.12 - Rusuhan Natrah



ADA APA DENGAN TANGGAL 12 DISEMBER...??



                                             ----- RUSUHAN NATRAH ----- 



 Pernah dengar tak tentang rusuhan ni dalam kisah-kisah bersejarah di Tanah Melayu?   
 Kepada anda yang belum mengetahuinya... jom baca artikel ni... 



Sejarah yang patut kita ceritakan kepada generasi baru kita. Tanggal 12 Disember pada tahun 1950 adalah tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu. Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di S
ingapura (ketika itu masih lagi milik Tanah Melayu).


Puncanya ; Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.


Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh, besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah beragama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.






Sedutan daripada Tragedi 12 Disember;



Pada tahun 1950, orang Melayu tak ada pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu tu. Orang Melayu miskin pada masa tu tuan-tuan. Walaupun orang Melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat dengan kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah;

Orang Melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, orang Melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang Melayu dari Perak dan Selangor tumpang kereta api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah. Majid, seorang India Muslim menjadi "sumber kewangan" untuk perbicaraan Natrah.

Orang Melayu ketika itu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha;

“Kamu orang Islam, aku orang Islam. Aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH”, adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku?. Kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. Dengar tu saja, Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia.. Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”... Laungan Allahu Akbar bergema disetiap sudut. Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang Melayu.


Akibatnya, Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committee' ditubuhkan di Singapura. Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, turut ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.

Hebatnya perjuangan orang Melayu ketika itu bersatu dalam mempertahankan AKIDAH Umat Islam biarpun Natrah berlainan bangsa.

#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 173 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.






- Pelbagai Sumber & Rujukan
 

9 Dec 2012

On Diet :-)

Salam 1 Malaysia,  hello everybody...How are you all?  I hope you are all well, be healthy... (^-^) 

Okeyh diet starts today!.... Chayouk2... Lets try this, take heavy breakfast...light lunch and stop eating after six... only drink, will bring back your waist. :-)








BALANCED DIET

A balanced diet is a meal that contains all the nutrients needed by the body in the correct proportions. The body does not receive enough nutrients and balanced will have the disorder.

  
 Basic Principles of a Balanced Diet

  No single food can supply all the nutrients needed by the body. For example, 
               rice provides carbohydrates, while protein-rich fish.

  The food pyramid is a guide that has helped us plan a balanced daily food



Healthy Eating Habits

        Habit of eating balanced meals, Seing diversify food eaten, and not choose a favorite                   
               meal only.

        Not having regular meals frequently eat or leave the stomach too empty  
   
        Self  discipline in food intake with activity in a healthy and weight control   
   
  J Awake   consuming clean food    

        Drink enough water to cook for three-quarters of the human body consists of water     
 
  J Do not be easily influenced by advertising to eat something sweet, high salt content, 
               too fatty and oily







  




2 Dec 2012

Penerang Hati - 6ixth Sense Ft Saujana

Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu


Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

P/s: memg terbaik.. best sangattt lagu ni.... sedap hingga menusuk ke kalbu para pendengarnya... gud job 6ixth Sense & Saujana... :-)