banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

30 Aug 2012

Jangan Berhenti Berdoa



Salam Ukhuwah Fil Islam...

Betapa mahalnya nilai ketenangan jiwa. Pelbagai pengorbanan yang rela dilakukan demi mendapatkannya. Bila mana seseorang itu ingin mendapatkan ketenangan jiwa, maka dia sangup menghabiskan masa berjam-jam untuk berhibur sambil membuat perkara yang sia-sia sehingga menyalahi etika dan melakukan perkara yang di larang dalam Islam. Ramai orang yang sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit untuk mendapatkan pil penenang. Dengan cara ini , ketenangan yang diperolehi hanyalah sementaar sahaja. Kesannya bukan ketenangan jiwa yang diperolehi tetapi kerosakan dan kehancuran yang diterima. Astaghfirullahal Azim..

Setiap insan di muka bumi ini pasti berhadapan dengan pelbagai masalah dan inginkan kebahagiaan. Namun kadang kala cara dan tindakan kita untuk mencari kebahagiaan itu tidak tepat menyebabkan bahagia yang dicari tidak diperolehi malahan ditambah dengan kekecewaan yang melanda. Nauzubillah min zalik...

Kehidupan hari-hari dengan pelbagai macam masaalah menyebabkan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan tertekan, keadaan yang berkecelaruan seterusnya akan membawa kesan2 negatif iaitu stress, risau, bimbang, gangguan emosi dan kemurungan. Kehidupan yang mencabar, keperluan dan tuntutan kehidupan yang meningkat, kos sara hidup yang tinggi kesemuanya menyumbang kepada keadaan jiwa yang tidak tenang dan memberikan tekanan jiwa yang amat membimbangkan. Apabila keadaan ini tidak terkawal maka akan timbullah pelbagai masalah jiwal, dan kadangkala boleh mencetuskan kesan yang amat buruk, boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak diluar batasan manusia yang sihat dan normal.


Sebahagian besar daripada kecemasan jiwa yang biasa menimpa manusia adalah disebabkan permainan psikologi pemikiran yang sentiasa menganggu. Keadaan akan menjadi semakin kusut, maka bila mana berada keadaan ini ,ramai terus beranggapan kemungkinan akan ditimpa oleh kejadian-kejadian buruk atau perkara-perkara yang tidak diingini. Padahal apa yang difikirkannya itu belum tentu akan terjadi pada dirinya dan hanyalah gangguan pada emosi semata-mata.

Hati yang tenang dan tenteram dapat membentuk tindak-tanduk yang cemerlang dan sempurna. InsyaAllah marilah sama-sama kita mencari ketenangan dengan sentiasa berdoa, berselawat & berzikir dengan menyebut nama-nama Allah, memuji di atas kebesaran-Nya. Bersama-sama kita bertawakal & bertakwa kepada Allah S.W.T di dalam sedalam-dalam takwa. InsyaAllah akan mendapat kerahmatan-Nya....
Akhirnya, apabila takwa menjadi perhiasan hidup dalam setiap gerak geri, kita akan memperoleh ketenangan dan kedamaian yang hakiki di dunia serta akhirat nanti. Jangan berhenti berdoa..  

Wallahu'alam....



Perlukah Aku Khabarkan

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah.

* Best sangat lagu ni...liriknya sangat menyentuh jiwa...
Klik link untuk dengar




.

No comments:

Post a Comment