banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

10 Aug 2012

Wardatul Syauqa Minal Qalb


Ya Allah..
Kala aku duduk sendirian menikmati udara malamMu,
Ku biarkan lamunan qalam ini berbicara di dalam tasbihku...
Ya Allah..
Aku terfikir panjang akan ujian2 dunia yang Kau berikan padaku hari demi hari,
Waktu demi waktu dalam sedar tak sedarku, dalam alpa kealpaanku...
Ya Allah...
Aku terfikir apakah yang mahu kau ajar padaku dari semua yang kau rencanakan untukku,
Aku tahu bukan saja2 kau berikan rasa itu tanpa sebab munasabab....

Sebagai insan biasa seperti insan2 lain, aku juga manusia yang sentiasa diuji... 
Jika badai taufan melanda diri yang lemah ini, Ku pinta  agar Kau kukuhkanlah kemudi agar dapat ku belayar bersama bahtera imanku.. Demi untuk kehidupan yang sementara di alam yang fana ini... Permudahkanlah segala urusan dunia & untuk akhirat kelak... Seandainya tiada jalan terbaik untuk ku labuhkan sauh di perantauan ini,. Tenangkanlah aku. Bantulah aku  untuk bermuhasabah diri tanpa keluhan kata-kata, tanpa rasa kesal atas segala kurniaanMu. Agar mudah-mudahan ku bersujud an berdoa dengan akal & isi hati yang kau anugerahkan untukku... 

Ku sedari segala-galanya yang sudah tersirat... Ya Allah tabahkanlah hati kecil ini..
Dengan kudrat & iradatMu, berikanlah aku kekuatan untuk teruskan perjuangan di pelayaran ini demi mencari Sinar Wardatul Syauqa di lautan RabbaniMU.....





W Warak
A Amanah
R Ramah
D Dinamik
A Alim
T Tulus
U Untung
L Lemah-lembut

S Suci
Y Yakin
A Abadi
U Ulung
Q Qualiti
A Asli


"Kita tidak semestinya akan memiliki orang yang kita sayang selama-lamanya kerana atas dasarnya dia adalah insan milik Allah, tetapi kita mampu mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan untuk dia.. Dengan ketulusan doa dari hati yang ikhlas itu moga2 mendapat secebis bahagia, kerana derita itu ada hikmahnya, orang bahagia adalah orang yang berbahagia dengan kebahagiaan orang lain...."

No comments:

Post a Comment