Bismillahirahmanirrahim ... Today is Monday. Hari ni aku ade appointment dgn klinik gigi. So Pagi tadi pukul 9 pagi aku ke klinik gigi daerah rawang perdana... apabila hampir sejam menunggu, tibalah giliran aku. Ingatkan dah dapat cabut gigi yang sakit ni tapi doc cakap perlu buat operation kt bahagian gusi yang hujung ni... aku ingatkn doc tu hanya bergurau je.... lega bila dia cakap just kena buat miner operation je.. hurmm.. then doc tu bagi sepucuk surat untuk di rujuk kepada hospital besar Selayang. Ini kerana kes ni kena refer kpd doktor pakar. Hati yang lega ni kembali kerisauan apabila baca tulisan di sampul surat yang di berikan kepadaku... "Kepada : Pakar Bedah Mulut Hospital Selayang" terkejut bila baca... harap semuanya berjalan dengan lancar pada minggu depan 27 hb 11. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku ini...
banner
Promotion
18 Nov 2013
13 Nov 2013
~ Ingin Sekali Jadikanmu Halal Untukku ~
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasullullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali dan Fatimah Az-Zahra yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua ini tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami sebagai suami istri yang saling mencintai dikala dekat
Saling menjaga kehormatan dikala jauh, Saling menghibur dikala duka
Saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan
Saling menyempurnakan dalam ibadat kepada-MU.
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasullullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali dan Fatimah Az-Zahra yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua ini tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami sebagai suami istri yang saling mencintai dikala dekat
Saling menjaga kehormatan dikala jauh, Saling menghibur dikala duka
Saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan
Saling menyempurnakan dalam ibadat kepada-MU.
باَرَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
8 Nov 2013
~Perjalananku Di Internship
Assalamualaikum pembuka bicara kepada anda para pembaca.. tulisan ini adalah sekadar memori yang tercoret di dalam buku hati ini , ku terjemahkan dengan sedikit idea pada ruang maya blog ini...
Alhamdulillah... dah masuk bulan ke empat aku menjalani latihan internship di sini... tapi internship kt mana? Heheheh..
"Di institut kemahiran mastura Rawang menjamin masa depan anda, tenaga mahir pemangkin negara maju..." saja nk buat iklan sikit.. cewaahh... So far banyak benda yg aku belajar di sini untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berkemahiran, berkaliber dan berwawasan tinggi..
Terlebih dahulu di kesempatan yang ada ni, berjuta bintang terima kasih ku utarakn kpd cikgu2 kt kolej Kemahiran Mastura ni kerana bnyk membantu dan memberi sokongan kpada aku.. Jazakallah khairan kathiro.. anda semua memg baik hati dan tidak kedekut ilmu... ucapan terima kasih diucapkan kepada koordinator Jabatan IT, Mr. Mathan, Pembantu koordinator, Cikgu Ain dan pegawai2 penilai, cikgu farhana, cikgu siti, cikgu umi, cikgu zaimi. Anda semua banyak memberi tunjuk ajar kepada saya..thank so much... hahaha...dh mcm majlis perpisahan lak bagi ucapan mcm ni... hehe yg penting hatiku ikhlas to say that... tq again every body...
Sepanjang tempoh 3 bulan aku berada di sini segala penat lelah ku tempuhi.. situasi di kolej ini boleh dikatakan selesa cuma tempat kediaman untuk pengajar kurang selesa sedikit.. biasa lah kn dah dpt tempt tinggal free.. dah kira okay la daripada tak der..apa2 pun aku bersyukur sangat2 sbb tak perlu susah payah nak cari rumah sewa... kalau dulu masa bulan pertama aku di sini, bertekad dan bersungguh untuk mencari rumah sewa.. tetapi apa kan daya susah nak cari rumah sewa yang murah dan berdekatan... terpaksa lah tinggal di asrama.. lama kelamaan aku dah boleh sesuaikan diri dengan situasi begini...
Kehidupan di rawang adalah berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di bandaraya Shah Alam.. dekat rawang ni tidak ada track joging yang luas dan tercantekk seperti mana terdapat di taman tasik shah alam.. so x dpt la merasa suasana joging yang di kelilingi flora yang segar dan nyaman seperti di Shah Alam.. :-(
(Ayat Seterusnya...) hehehe.. Terima kasih sir! Mr. Rajesh, Mr. Kanesan & Mr. Veeran. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama tetapi anda semua sentiasa menghormati sy.. sedangkn status sy hanyalah seorang budak intern .. terima kaseyyhh.. Walaupun semua ketiga2 watak mereka ni kelihatan garang tetapi perwatakan sebenar mereka adalah pelawak yg selalu membuat jenaka yg kadang2 lucu dan kadang2 tidak.... hahha...
Berbalik kepada kehidupan di rawang, dekat sini suasana pekan dan bandarnya agak sibuk. Ini kerana di sini adalah pusat tumpuan perkilangan dan perindustrian...
~to be continue... time to sleep now... Zzzz...
3 Nov 2013
Hari Yang Memenatkan
Bismillahirrahmanirrahim.
Fuh~
Penat gile!! Itu yang hanya mampu aku ungkapkan hari ini...
Tidak mampu lagi hendak berkata apa-apa.
Melainkan "fuh~".
Apakah di sebalik "fuh~" itu?
Fuh Penatnya tubuh badan, kaki ini kekejangan dan diri yang terkejar-kejar....Mana tidaknya.. penat sangat terkejar-kejar dari rawang menuju ke kuala lumpur... Di sebalik kegembiraan untuk pulang ke kampung tiba-tiba ada kemarahan dan rasa ketidakpuasan hati apabila tiket yang dibeli sebenarnya adalah PALSU... oh tidak! aku takkan percaya lagi... lain kali ku tak akan berurusan lagi dgn kauter tiket tersebut.. Tak Guna betul!... banyak auta la.. Geram... Arghh malas nk difikirkan lagi.... Syukur Alhamdulillah masih ada tiket bas tambahan untuk pulang ke kelantan petang ni... Sementara menunggu jam 2 petang tiba... Sempat lagi aku pusing-pusing sekitar PWTC.. First Time sampai kat PWTC. Luas kawasannya membuat aku tersesat mencari pintu keluar.
Mood: Excited nk balik kampung jumpa family & orang yang tersayang... :-)
* Nur Yasmin... Tunggu abg balik ye sayang...
19 Jul 2013
Antara Gunting, Pembaris & Seuntai Benang ~ Kita ada kisah di sebaliknya...
Salam Ramadhan 1434 Hijrah.
Ketika hari itu, matahari panas terik... Sang Mentari begitu menyengat, kau beri aku pemanis di hari ahad itu, masih teringat seperti baru sahaja kita bertemu di sebalik kisah itu...
Ada kisah manis di sebalik benang & gunting ini.... pembarisnya hilang entah ke mana kan?..hehe tak pelah yang penting kita ada kisah penting ini...
7 haribulan 7... Ku jalani waktu itu sambil tersenyum manis... Walaupun cuaca hari itu, cuaca sangat panas namun panas itu seakan-akan sejuk bila kau hilangkan dahagaku dengan sebotol air mineral yang turut terasa manisnya walaupun ia sekadar air mineral.. sweet lorr... hehee...
Di tambah pula dengan wajah manis mu itu, maka jadilah hariku semanis manisan....❤♡♥ & Berpeluh-peluhan.... hehehe... nasib baik kan ada pak cik tu ... thanks pak cik sbb usaha tolong kami..... & yang paling penting hari tu menjadi pengajaran supaya berhati2 bila nk kunci pintu kereta tu... make sure jangan tertinggal lagi kunci kt dalam kereta... ~ Thank you... that's really sweet moment ❤ :-)
Tart Nenas From Someone Special ~
Salam Ramadhan 1434 Hijrah
Dear Miss NY, Thanks a lot for this special Tart Nenas Gulung....♥ ❤ Tak sangka lak masa kita jumpa hari tu awak nak bagi biskut tart ni kt sy...puasa pun belum lg tp da dapat biskut raya... hehe.. thanks so much... hurmm tengok dari rupanya pun da sedap.. gebu je... hehe..tak sabar nk rasa, and then lepas hantar awak ke kereta awak, terus saya bukak & rasa keenakan biskut yang awak buat ni dalam keta.... Actually rasanya sgt sedap.. hingga menusuk kalbu.... dan saya makan dengan hati yang berbunga bunga. ❤ ♡ ♥ ღ ❣ ❥ . hehe... terima kasih cinta hatiku... bila sampai rumah je terus saya letak kt dapur... kebetulan bila mama masuk ke dapur dan tnya dari mana datang biskut ni.. lantas terus sy memberi tahu mama, "kawan kita yang bagi ma...." ma pun terus rasa.... hehe... & sudah semestinya mama pun puji ....~ hehe pandai NY buat... ♥ ❤ i really like this.. :-)
10 Jul 2013
24 May 2013
12 Mar 2013
Contoh Surat Permohonan Jawatan
Pengarah, Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuantan
25000, Kuantan, Pahang.
20 Mei 2011
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI EKSEKUTIF
Perkara di atas dirujuk.
Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Eksekutif di organisasi tuan/puan.
2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Sains Komputer daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2010.
3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Protec Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang ICT. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar.
…………………………
ABU BIN ALI
25 Dec 2012
Vitamin Hati
Wahai pemilik hati..pemilik segala cinta.
Wahai pemilik langit dan bumi...Tuhan sekalian kejadian alam,
Tiada yang maha agung selainMU.....
Diriku yang hina ini memohon belas kasihMu
Agar dikurniakan cahaya kesejahteraan,
Untuk ku terus dan terus beribadah kepadaMu
Demi percaturan hidup menuju ke Akhirat..
Hari demi hari ku memohon rahmat dariMu
Kerana ubat penahan sakitku, pil sabarku
Pil tenang juga makin kosong dalam balang itu.
Antibiotik tazkirah semakin hari semakin sedikit...
Namun ku cuba mengisi kekosongan itu,
Dengan seribu keiklasan dan ketakwaan,
Memohon petunjuk dan hidayahMU,
Agar hati ini sentiasa disirami dengan vitamin hati...
Semoga cukup bekalan untuk ke sana...
Perjalananku masih jauh menuju makrifatmu Ya Allah...
Ya Allah, tetapkan nikmat Iman dan nikmat Islam dalam jiwaku,
Ku mengharapkan dikurniakan segala-gala kebaikan...
Perlembutkan lidahku dengan mengalunkan menyebut namaMu
Ringankan jari jemariku dengan berzikir, bertasbih memujiMu
Kukuhkan hafalanku dengan kalimah firmanMu
Segarkan taman hatiku dengan sirah junjunganMu
Kurniakanlah istiqomah dengan ucapan syahadahMu
Sulamkanlah tawaduk untuk pakaian diriku ya Allah..
Bersabarlah Wahai Hati, Allah Pasti Memberikan Yang Terindah Buatmu….
Bersabarlah, dan terus bersabar lagi… Yakinlah dengan Janji Rabb ...
Moga-moga diriku tegar bersama panjiMu,
Dari dulu, kini dan selamanya
Berlandaskan al Quran wa as sunnah.. InsyaAllah
Amin…
17 Dec 2012
Harapan
Pabila pokok dijadikan berdaun,
Begitu juga jiwa diciptakan berperasaan.
Namun sukar untuk ditafsirkan
Pabila manusia mestinya punya perasaan yang berbeza
Antara menjaga hati sendiri
Tersepit dalam dunia yang sepi
Terus menjadi alpa kian suci
Mencipta segenap keindahan dalam taman hati
Moga duka itu hanyalah sementara
Lirih dalam sendu dan tawa ada DIA
Meniup semangat pada hati yang rapuh
Pada perasaan yang luluh
Kecewa dengan setiap bibit dugaan
Namun terselit sebuah harapan
Agar semuanya kembali bersinar
Melakar detik-detik yang bahagia
TUHAN,izinkan sekali lagi
15 Dec 2012
Di Sebalik 12.12 - Rusuhan Natrah
ADA APA DENGAN TANGGAL 12 DISEMBER...??
----- RUSUHAN NATRAH -----
Pernah dengar tak tentang rusuhan ni dalam kisah-kisah bersejarah di Tanah Melayu?
Kepada anda yang belum mengetahuinya... jom baca artikel ni...
Sejarah yang patut kita ceritakan kepada generasi baru kita. Tanggal 12 Disember pada tahun 1950 adalah tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu. Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di S
ingapura (ketika itu masih lagi milik Tanah Melayu).
Puncanya ; Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.
Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh, besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.
Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.
Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah beragama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.
Sedutan daripada Tragedi 12 Disember;
Pada tahun 1950, orang Melayu tak ada pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu tu. Orang Melayu miskin pada masa tu tuan-tuan. Walaupun orang Melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat dengan kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah;
Orang Melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, orang Melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang Melayu dari Perak dan Selangor tumpang kereta api barang untuk ke Singapura.
Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah. Majid, seorang India Muslim menjadi "sumber kewangan" untuk perbicaraan Natrah.
Orang Melayu ketika itu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha;
“Kamu orang Islam, aku orang Islam. Aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH”, adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku?. Kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. Dengar tu saja, Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia.. Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”... Laungan Allahu Akbar bergema disetiap sudut. Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang Melayu.
Akibatnya, Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committee' ditubuhkan di Singapura. Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, turut ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.
Hebatnya perjuangan orang Melayu ketika itu bersatu dalam mempertahankan AKIDAH Umat Islam biarpun Natrah berlainan bangsa.
#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 173 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
- Pelbagai Sumber & Rujukan
9 Dec 2012
On Diet :-)
Salam 1 Malaysia, hello everybody...How are you all? I hope you are all well, be healthy... (^-^)
Okeyh diet starts today!.... Chayouk2... Lets try this, take heavy breakfast...light lunch and stop eating after six... only drink, will bring back your waist. :-)
A balanced diet is a meal that contains all the nutrients needed by the body in the correct proportions. The body does not receive enough nutrients and balanced will have the disorder.
Basic Principles of a Balanced Diet
J No single food can supply all the nutrients needed by the body. For example,
rice provides carbohydrates, while protein-rich fish.
J The food pyramid is a guide that has helped us plan a balanced daily food
Healthy Eating Habits
J Habit of eating balanced meals, Seing diversify food eaten, and not choose a favorite
meal only.
J Not having regular meals frequently eat or leave the stomach too empty
J Self discipline in food intake with activity in a healthy and weight control
J Awake consuming clean food
J Drink enough water to cook for three-quarters of the human body consists of water
J Do not be easily influenced by advertising to eat something sweet, high salt content,
too fatty and oily
2 Dec 2012
22 Nov 2012
Ada Macam2 Jenis Komputer Server
Apakah itu server?
Server adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis layanan tertentu dalam sebuah jaringan komputer. Server beroperasi dengan prosesor yang bersifat scalable dan RAM yang besar, juga dilengkapi dengan sistem operasi khusus, yang disebut sebagai sistem operasi jaringan atau network operating system.
Server adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis layanan tertentu dalam sebuah jaringan komputer. Server beroperasi dengan prosesor yang bersifat scalable dan RAM yang besar, juga dilengkapi dengan sistem operasi khusus, yang disebut sebagai sistem operasi jaringan atau network operating system.
i.Enterprise Server
Pengenalan:
Enterprise Server adalah satu server yang melaksanakan tugas-tugas penting dalam organisasi
yang besar.
Kegunaan:
Kegunaan Enterprise Server adalah seperti web server, server untuk mencetak dan juga seperti
pangkalan data untuk syarikat.
Operasi:
Perisian server mempunyai kebolehan untuk meminta status data dalam sesuatu peranti yangtertentu dalam masa yang diberikan . Antara muka yang mengandungi control commands yangdipasang pada enterprise server bagi membolehkan pelanggan memulakan pengubahsuaianuntuk antara muka konfigurasi-konfigurasi semasa operasi enterprise server.
Enterprise server mengandungi control commands yang membolehkan pelanggan melakukan
pengubahsuian untuk perisian aplikasi untuk server semasa operasi enterprise server.
Keupayaan
- Enterprise server berupaya untuk melakukan lebih dari satu tugas.
- Enterprise server berupaya untuk melakukan aplikasi jenis OLTP (online transactionprocessing).
- Enterprise server berupaya untuk melakukan pelbagai aplikasi seperti OLTP,batch,Javadan lain-lain lagi .
- Enterprise server adalah efisyen kerana ia boleh menjalankan banyak aplikasi dengansistem arkitektur yang mudah dikenali berbanding sistem sistem lain yang didekasikanuntuk hanya satu applikasi.
ii.Network Super Server
Pengenalan :
Ia juga dikenali dengan service dispatcher dan adalah sejenis daemon yang biasanya dilarikan
dalam sistem seperti Unix.
Kegunaan:
Ia menghidupkan server lain apabila diperlukan.biasanya dengan akses kepada server itu melalui tcpd.
ia menggunakan sumber yang amat sedikit apabila ia dalam keadaan leka.Ia sesuai untuk workstation untuk pembangunan local web, pembangunan client/server atau trafik rendah daemon dengan penggunaan yang jarang-jarang seperti ident atau SSH.
Operasi:
Sebuah server yang mengawal server-server lain yang terdiri daripada setiap server yang
mempunyai berlainan fungsi .
Keupayaan
Terdapat sedikit kelewatan dalam penyambungan, oleh itu apabila dibandingkan dengan anakpelayan-pelayan, satu setup ‘ super server mungkin tidak begitu pantas dalam percubaan tindak balas penyambungan, terutama apabila di bawah muatan yang besar. Beberapa server, seperti hpa tftpd, oleh akan mengambil alih soket dan mendengar pada diri sendiri bagi tempoh masa tertentu, meramalkan connection yang akan datang.
iii.Distributed Server
Pengenalan:
Distributed Server juga dikenali sebagai Client-Server Networks.Di dalam persekitaran client-server seperti window NT dan Novell NetWare,fail disimpan di dalam fail server pc berkelajuantinggi yang utama ,untuk disediakan kepada PC pengguna.
Kegunaan:
Hampir semua network service seperti printing dan email adalah melalui fail server yangmana
membenarkan tugas-tugas network boleh dijejaki.
Operasi.
Jika pc A hendak berhubung dengan pc B.ia mestilah melalui fail server.mesej akan dihantar dari
pc a kepada fail server,kemudian fail server akan memeriksa destinasi mesej itu,sebelum ia
dihantar kepada pc B itu.
pc a kepada fail server,kemudian fail server akan memeriksa destinasi mesej itu,sebelum ia
dihantar kepada pc B itu.
Keupayaan:
network segment yang tidak efisyen dapat diperbaik dengan dan menjadikannya lebih pantas,dan
aktiviti pengguna dapat diperhati secara dekat.
Publik data dan aplikasi disimpan dalam server fail,di mana ia akan dilarikan daripada pc
pelanggan, yang mana menambahbaik perisian aplikasi lebih mudah, pentadbir rangkaian secara
mudah dapat menambahbaik aplikasi yang disimpan dalam server fail, daripada menghabiskan
masa pergi ke setiap pc pelanggan untuk menambahbaikkannya.
pelanggan, yang mana menambahbaik perisian aplikasi lebih mudah, pentadbir rangkaian secara
mudah dapat menambahbaik aplikasi yang disimpan dalam server fail, daripada menghabiskan
masa pergi ke setiap pc pelanggan untuk menambahbaikkannya.
iv.Network Computer Server
Pengenalan:
Peer to peer membolehkan pengguna untuk menyambungkan dua atau lebih computer untuk
berkongsi sumber. Sumber sumber individu seperti CD rom, cakera keras, scanner dan pencetak
ditukarkan menjadi sumber yang boleh dikongsi bersama-sama dalam satu rangkaian .
berkongsi sumber. Sumber sumber individu seperti CD rom, cakera keras, scanner dan pencetak
ditukarkan menjadi sumber yang boleh dikongsi bersama-sama dalam satu rangkaian .
Kegunaan:
Boleh berkongsi sumber
Boleh menukar sumber±sumber individu kepada sumber yang boleh dikongsi bersama
Operasi
Setiap computer boleh bertindak sebagai server dan client bagi mencapai sesuatu sumber.Sumber tersebut dihantar secara terus tanpa memerlukan server-server lain bagi bertindaksebagai perantaraan.
Keupayaan:
- Tidak memerlukan pengendali rangkaian
- Rangkaian yang laju dan tidak mahal untuk dikendalikan
- Setiap komputer boleh melakukan backup copy sendiri untuk tujuan sekuriti
- Peer to peer adalah rangkaian paling mudah dibina untuk kegunaan rumah ataupun pejabat
v.Web-Based Application Server
Pengenalan:
1.Sebuah program komputer yang bertanggungjawab menerima permintaan HTTP dari client (seperti browser web), dan membalas semula HTTP respons dan juga kandungan data,yangmana biasanya ialah halaman web seperti dokumen HTML dan objek yang mempunya talianseperti gambar
2.Sebuah komputer yang melaksanakan program seperti di atas.
Kegunaan:
Ia boleh digunakan sebagai satu tapak bagi pengguna untuk membangunkan laman web yang
membolehkan pengguna lain mendapat capaian keatasnya
Operasi:
Path translation:
Web server mampu halakan komponen URL kepada :
- sumber fail sistem local (untuk permintaan statik)
- nama program dalaman atau luaran (untuk permintaan dinamik)
Keupayaan:
Web server dapat menyimpan segala fail fail penting yang terdapat pada sesuatu laman web.Contohnya,kod pengaturcaraan bagi membangunkan satu website. Setelah perhubungan telahdilakukan, browser akan meminta data daripada web server, menggunakan HTTP, server ituakan menghantar kembali data kepada browser tersebut. Browser itu akan menukar formatdaripada bahasa mesin ke bahasa yang difahami untuk dipaparkan ke browser tersebut.
10 Nov 2012
Ten Eleven Twelve ~ Nice Date
Salam 10 November 2012...Special date for sepuluh, sebelas, dua belas,hehehe.... :-)
Cantik kan tarikh hari ni ? (。◕‿◕。)
Rasa2nya mesti ramai kan 'couple' yang nak kahwin hari ni kn....Tarikh yang unik ni hanya berlaku sekali sahaja. Kalau boleh nak buat benda yang paling sejarah pada tarikh ini kan...

Lepas ini 12-12-12 pula kan .,.. tak sabar rasanya nk tunggu ketibaan 12/12/12... :-)
♫ ❤ ツ ☆ εїз ❁ ☀.
Subscribe to:
Posts (Atom)











