banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

15 Dec 2012

Di Sebalik 12.12 - Rusuhan Natrah



ADA APA DENGAN TANGGAL 12 DISEMBER...??



                                             ----- RUSUHAN NATRAH ----- 



 Pernah dengar tak tentang rusuhan ni dalam kisah-kisah bersejarah di Tanah Melayu?   
 Kepada anda yang belum mengetahuinya... jom baca artikel ni... 



Sejarah yang patut kita ceritakan kepada generasi baru kita. Tanggal 12 Disember pada tahun 1950 adalah tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu. Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di S
ingapura (ketika itu masih lagi milik Tanah Melayu).


Puncanya ; Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.


Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh, besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah beragama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.






Sedutan daripada Tragedi 12 Disember;



Pada tahun 1950, orang Melayu tak ada pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu tu. Orang Melayu miskin pada masa tu tuan-tuan. Walaupun orang Melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat dengan kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah;

Orang Melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, orang Melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang Melayu dari Perak dan Selangor tumpang kereta api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah. Majid, seorang India Muslim menjadi "sumber kewangan" untuk perbicaraan Natrah.

Orang Melayu ketika itu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha;

“Kamu orang Islam, aku orang Islam. Aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH”, adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku?. Kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. Dengar tu saja, Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia.. Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”... Laungan Allahu Akbar bergema disetiap sudut. Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang Melayu.


Akibatnya, Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committee' ditubuhkan di Singapura. Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, turut ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.

Hebatnya perjuangan orang Melayu ketika itu bersatu dalam mempertahankan AKIDAH Umat Islam biarpun Natrah berlainan bangsa.

#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 173 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.






- Pelbagai Sumber & Rujukan
 

No comments:

Post a Comment