banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

19 Sept 2014

RAWATAN SECARA SEMULAJADI.!!

Assalamualaikum w.b.t

Rawatan dan cara pemakanan makanan tambahan Shaklee adalah secara semulajadi..
Sesuai dengan trademark, 'sakit dahulu sembuh kemudian.' Kerana dengan Shaklee kita merawat dari dalam..Shaklee bukanlah sebagai penahan bagi sesuatu penyakit tetapi sebagai pengantaraan penyembuh dimana ia merawat balik apa yang telah diguna pakai dalam tubuh badan kitaa. Jadi,proses penyembuhan memerlukan masa kerana kitaa ingin merawat dari akar umbi penyakit ataupun kemudaratan. Dan oleh sebab itu juga..bila mengambil produk shaklee akan berlaku healing crisis kerana vitamin sedang berinteraksi dengan tubuh badan kita. Berikhtiar dengan Shaklee dan yakin dengan kuasa Allah s.w.t kerana dengan izinNya jualah kita akan sembuh dan meneruskan hidup ini.

Shaklee menyediakan banyak produk berasaskan bahan organik semulajadi dan perlu diambil mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi.
Berikut adalah diantara set-set hebat yang terdapat dalam Shaklee mengikut urutan permasalahan.
Selamat bershopping kesihatan buat semuaaa.!!


SET MENYUSU - Nutrien lengkap untuk ibu dan bayi
1. Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Ostematrix
5. Alfalfa
6. ESP

SET MENGANDUNG - Nutrien lengkap untuk ibu hamil.
1. Vitalea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega Guard

SET BERPANTANG - Menyembuhkan luka, memberi tenaga dan memulihkan kecergasan
1. Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Zinc

SET SENDI - Menyokong kesihatan sendi supaya kembali aktif sepanjang hari
1. AJHT
2. Omega Guard
3. Ostematrix

SET SHAPE UP (SLIMMING) - Untuk langsing dan bertenaga
1. Cinch Shake Mix
2. Cinch energy tea
3. Lecithin
4. Herb Lax
Note : Untuk menggantikan tea, gabungan Esp + Lecithin + Alfalfa pun bagus untuk slimming

SET FAMILY WELLNESS - Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menambah tenaga dan menguatkan sistem imun
1. Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4. ESP

SET KESIHATAN WANITA - Melegakan senggugut dan sakit sendi. Menggalakkan kulit cantik dan tulang yang kuat.
1. Omega Guard
2. Ostematrix
3. GLA Complex

SET CHILDREN IQ&HEALTH - Nutrisi untuk tumbesaran yang optimum dan meningkatkan kepekaan
1. Vita C Chewable
2. Mealshake
3. ESP
4. Omega Guard

SET KESUBURAN 
Suami
1. Vitamin E
2. Zinc

Isteri
1. GLA Complex
2. Alfalfa

Bersama
1. B Complex
2. Vitalea
3. Vita C
4. ESP

SET ANTI-AGEING - Khasiat untuk kulit berseri, rambut tebal, kuku kuat dan otot yang sihat
1. Vivix
2. Nutriferon
3. ESP

SET DIABETES - Kekalkan paras gula sihat dalam darah dan membantu menyembuhkan luka
1. ESP
2. Vitalea
3. GLA
4. Vita C
5. Zinc
6. Vivix

SET KESIHATAN JANTUNG - Membantu mengurangkan penyakit jantung dan strok, mengekalkan tahap kolesterol yang baik
1. Omega Guard
2. Garlic
3. Vita E Complex
4. Lecithin
5. ESP
6. CoQ Health

SET DIGESTIVE HEALTH - Melegakan sembelit, menyahtoksin badan dan menyokong kesihatan usus
1. Peppermint Ginger Plus
2. ESP
3. Alfalfa
4. Herblax

SET SUPER DETOX - Menyingkir toksin untuk tubuh bertenaga dan wajah berseri
1. Alfalfa
2. DTX Complex
3. Garlic


Sehingga kini sejak dari 50 tahun yang lepas, Produk Shaklee masih lagi selamat dan halal dimakan serta digunakan.

Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan..
anda boleh berhubung lansung ke talian:-

014-6925140 (Prefer Whatsaap)
Sid : 1137396
Ummi Iman--> Family of Shaklee


18 Sept 2014

SAAT UJIAN MENDATANG

Tabah..itu makanan bagi orang-orang yang sabar.
Sabar itu pakaian bagi mereka yang beriman.
Kadang, ujian Allah itu tidak terduga.

Ujian seolah persalinan yang silih berganti.
Tidak lengkaplah Majnun tanpa Laila..
Maka begitulah hidup tidak sempurna tanpa namanya dugaan.

Ujian Allah berhikmah.
Dihadirkan buat hambaNya yang terpilih.
Dan..

" Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…."
 (al-Baqarah 286)

Jika diteliti pepatah hati..
Memujuk kala tersungkur rebah...
Allah memberi kesusahan hari ini, demi menggandakan kesenangan di esok hari
Supaya bila garisan senyuman menghiasi...kita tidak lupa pada tangisan semalam.

Allah itu Maha Adil...kan??
Memujuk hati hambaNya dengan tarbiah.
Sebenarnya Dia rinduu. Rindu cinta dari hamba-hambaNya..

8 Aug 2014

HARI PERTUNANGAN KAMI

ALHAMDULILLAH...Segala puji bagiMu Ya Allah...


29 JULAI 2014 bersamaan 2 Syawal 1435H


Doakan kami semoga segalanya selamat dan dipermudahkan urusan kami menuju gerbang perkahwinan.

We are TAKEN

25 Jul 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

~Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua muslimin & muslimat.. "Taqabbalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum. Ja’alanallaahu minal aidin wal faizin”
- “Semoga Allah menerima amal-amal kami dan kamu, puasa kami dan kamu. Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perjuangan Ramadhan) sebagai orang yang menang.”



7 Jul 2014

KEHEBATAN DAN KHASIAT VIVIX SHAKLEE

PROMOSI HEBAT JULAI 2014.
ALHAMDULILLAH...INILAH YANG DINANTI-NANTI KAN...PRODUK PALING MAHAL SHAKLEE BUAT PROMOSI. HARGA RUNTUH UOLLS!! KALAU TAK GRAB RASA RUGIPLAK ANN..EHEE.



Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
  
Memperbaiki DNA

  Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikalbebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel

   Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan
sendi 

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.



UNTUK KETERANGAN LANJUT..
Hubungi kami 014-6925140

4 Jul 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Assalamualaikum dan salam kasih sayangg..
Alhamdulillah...di awal pagi ini rasa berkesempatan nak update blog kami nie.
Hari ini dah 6 Ramadhan harapnya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua muslimin dan muslimat..
Kekangan masa yang amat mencemburui kadang kadang membuat kami tidak berkesempatan untuk singgah di sini.
Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang penuh kemuliaan...semoga kita sama-sama beroleh hidayah daripadaNya..Semoga kita sama-sama merebut peluang beribadah di bulan rahmat ini.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)

~Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari~

Salam Ramadhan dari kami.





12 Jun 2014

SET D/SET KECANTIKAN

Hai hai hai. Assalamualaikumm semuaa.!!!

MASALAH KULIT WAJAH-----> Temui penyelesaiannya!!!


Alhamdulillah...ambik set D/ set penjagaan kulit Shaklee memang memuaskan hati.Memang superb laa..

Apa yang terdapat dalam Set D?? Jom kita tengok.


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
  • Membantu masalah jerawat dan parut 
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Mengimbangi tona kulit yang tidak sekata
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Consume Set Penjagaan kulit ni memang menjimatkan. Empat bulan kemudian baru TOPUP balik.


Jom dapatkan.. whatsaap ke 014-6925140


11 Jun 2014

KAMI EJEN SAH SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA.

ALHAMDULILLAH...Berkesempatan jugak akhirnya saya nak update blog ni. Lama sudah tidak berbasi di sini. Rindu pulak rasanya.
Okep.! Kali ni saya nak berkongsi berita baik dengan kalian. Cerita sebenarnya saya ni dah lama jugak masuk ataupun join ahli shaklee..cuma tidak berkesempatan nak uar-uarkan. Heehehehe. Al maklum lah...kerja tak menang tangan..tapi hari ni nak jugak curik masa sekejap nak kongsi berita baik ni.

SHAKLEE. Siapa yang tak tahu lagi pasal Shaklee ni? Top and Hot sekarang di dunia. Produk/Suplement NO. 1 sekarang nih.

JOM kita berkenalan dengan SHAKLEE

Shaklee adalah sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang sudah lama bertapak di dalam Malaysia.(Haaa bila dengar MLM ni jangan takut. Baca dulu..) Shaklee peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956 dan terus kekal menjadi JUARA secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah MELABURKAN lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten. Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik serta tidak menggunakan jalan pintas.
Nah hebat bukan????Kita tengok falsafah Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Shaklee membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang dikeluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.


sekali gi beli barang macam ni haa... Alhamdulillah..

Antara produk Shaklee


Saya berani berkongsi kerana saya sudah merasainya. Shaklee memberi keyakinan KESELAMATAN, KEBERKESANAN dan KESEMULAJADIANNYA

3 Apr 2014

CONTINUE OF OUR HOLIDAYS.!!!

Assalamualaikum dan salam manis semuaa.!!!!
Tetiba hari nie rasa macam ada kelapangan nak ber-blog.. ada kelapangan nak mengisi ruangan indah ini. Cewah....!!

Kali ini tertumpu pada sambungan holiday kami. Ehee.!! Last entry lepas stop sampai makan malam dan masing-masing balik berehat...that day yang seterusnya ( 23.3.14 ). Mengikut perancangan kami nak breakfirst sama-sama. Dalam lebih kurang jam 9, si dia datang ambik kat umah. Seterunya ke destinasi untuk makan pagi..tak ter-snap la pulak makanan kami. Aku ambik mee goreng and telur mata kebau, abg plak pilih untuk makan nasi goreng and seangkatan dengannya. Menu tambahan roti planta. And air teh tarik dengan milo ais. Alhamdulillah agak kenyang jugak lah sebab makanan aku pun abg habeskan...tq cinta.!!!

Next location...mencari tempat rekreasi yang menarik kat Ipoh nie...Yarrrr...kami memilih untuk ke Gunung Lang..Wahhhh macam best saja tapi memang best punn...First tuu ikut gps,sesat laa jugak.gps tunjuk jalan lama kot...last2 aku sendiri yg cari..cun-cun jer jumpaaa..Alhamdulillah..sampai sane dah jam 11,mentari pun dah agak naik ke kepala..tapi xper,jalan punya pasal,kami go on jer..


Sesampai jer...wat gedik nak snap pix.hehehehe. Then kunjungi ke jeti...tengok ke dalam tasik..mak aih...ikan.!!! besau-besaunya hai. Teruja pulak aku nengoknya.!! Abg?? keje nya snap pic la my handsome nie.


Rasa nak naik bot laa...nak keseberang sane. Tambang rm3.










Subhanallah sungguhlah indah ciptaan yang Maha Kuasa. seriously memang cantik sangat-sangat lah pemandangan disana... Nanti ada kesempatan nak pegi lagi.. 
hampir jam 2 juga baru kami decide to tinggalkan Gunung Lang ini....
Seterusnya ke Meru..Sebab abg dah nak balik Shah Alam....bas jam 5. So kami pilih tempat nak lepak seketika sementara menunggu pukul 5. yar, Mydin Mall.. Santai-santaijalan dengan abg...isi-isi perut...dan seterusnyaa...tak sanggup menyambung typing lagi sebab dah tau dah...saat-saat berpisah memang sebak giler laa... :( :( .


TITIK.

24 Mar 2014

HOLIDAYS.!!!

Assalamualaikum w.b.t 

Lama tidak bercorak coret di laman blog ni... Hari nie ase macam rajin la pulak yea nak menulis. Ahhaaa..!!!
Memandangkan mood berhujung minggu masih lagi menguasai memori, entry today  nak kongsikan our holiday yang tak berapa panjang masanya. Juz ada 2 hari 1 malam sajer...tu pun dah agak mencuri waktu pada hari pertama sebab si dia sampai sini ( Ipoh ) bila hari dah masuk petang.. Uhuuu...takper..janji selamat sampai ann.. Alhamdulillah... :-D


Holiday kali nie kitorang spent time untuk kenal-kenal Ipoh. Act aku baru sahaja menetap di Ipoh..untuk tempoh hayat berapa lama aku x sure lahh... Terima kasih sangat to En. Ahmad Mukhlis sebab bersusah payah turun Ipoh semata-semata nak temani hari minggu aku. Ehem.. Firstly sesampainya si dia, perkara pertama cari kedai makan. Sebab perut dah meronta-ronta mintak di isi... Nasi Vanggey!!! Itulah lokasi kedai makan yang kami kunjungi. Kononnya datang Ipoh kalau x makan nasi vanggey memang tak sah.!!! Itu yang menambah ke-excited-an aku mencari kedai makan nasi vanggey nie. Pusing-pusing akhirnya jumpaa...dekat sangat dengan tempat kerjaaa aku. Tetapi.. alangkah aku kecewaaaa....tahap dewa kot. makan tiga suap,rezeki aku jumpaaa dengan bulu ayam.!!! apa lagi,kembang pipi laaa aku. Stop.!!! Serik dah xnak makan lagi nasi vanggey. x berganja manaaa pun xpaaa laaa....

Next location..mencari hotel/homestay untuk si dia... Act dari awal lagi dah book hotel, tapi bila tengok tempat...rasa macam jauh pulak dengan vila tempat aku tinggal.

26 Nov 2013

~Termenung sepi

Jauh ku termenung di jendela kasih...  mengenangkanmu kekasih hati... 
dikaulah kerinduanku... 
pengubat kala sepi... 
cinta.. 
hadirlah mempersona.. 
aku rindu gelak tawamu yang ceria... 
hati ini sunyi...
dengarlah sayangku...
kerana kau sungguh istimewa 
buat tatapan hati ini...



22 Nov 2013

MENGHARGAI SETELAH KEHILANGAN

Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Salam Jumaat penuh keberkatan... (tersenyum lebar nie.) Heheehe..
Banyak-banyak penghargaan dan rasa terima kasih kepada Owner blog ini (Ahmad Mukhlis Mohd Yajid) kerana menjemput saya untuk sama-sama menjadi penulis di blog yang indah ini.Yar yar yar...ini tulisan pertama saya. Waahhh so sweet rasanya bila kita diberi kepercayaan...bila kita dihargai untuk hadir dan memakna kan kamus hidup seseorang itu...

            Balik kepada tajuk entry untuk kali pertama saya menulis... "Menghargai setelah  kehilangan"(Kiranya kena lah jugak dengan mukadimah di atas yerr).Tertarik saya dengan perkataan dan makna menghargai nie...apabila mata ini sendiri menyaksikan kesunyian yang di rasai seorang kanak-kanak seawal usia enam tahun... Ehee...bukan orang lain ponn...anak buah sendiri.. Ceritanya so simple, tapi agak menyentuh perasaan lah jugak.. kanak-kanak, biasalah !!! Bila duk bersama dah tak lain tak bukan mesti asyik nak gaduhhhh jer kerjanya...Kakak-kakak pulak terpaksalah mengalah...adik cakap A, A lah yang kena buat...(kadang, kalau tak tahan dengan onar si adik memberontak jugak). Last week cuti sekolah baru saja bermula, jadi..bahagian kakak-kakaknya meringankan kaki laa...untuk pergi bermalam rumah mak sedaraa...hurmmmm tak sampai malam ponnn lagi...bahagian adiknya pulaaa mula laaa termenung panjang...mula babak insaf sendiri gayanya.saya dah dapat agak, rinduu lahh tu.!!Tiba lah malam...jeng3...drama air mata...nangis laaa wei...mintak mamanya pulak pegi ambik kakak-kakak...baru lah rasa teringat yerrr !!! Baru lah rasa perlukan mereka disisi...!!! Bila ada sekali,, Allahuakbar..!!!! Tuhan saja yang tahu onar nya!!! Kejap-kejap nanges, kejap-kejap nanges...adehhhh...Mentang-mentang lah kita yang kecik,ikut sedappp kepala jerrr nak buat kakak-kakak... Dah berjauh seketika, rasaa lah kekosongan, rasa lah kesal.... tyme duk same-same, main-main, gurau senda... masa tuu lansung tak terbit rasaaa bahawa mereka yang sentiasa di sisi kita. memang sangat bermakna...tuu belum lagi untuk kehilangan untuk selama-lama nya... ( tetiba sebak) teringat arwah ayahh..al-fatihah :'(

                Balik pada story asal, keesokan nya dah sibuk duk merengek...sampai tidur malam ponn mengigau (kata mamanya), pegi lahhh jemput kakak-kakak yang maseh lagi x puass bermain dengan sepupu sepapat..Nak tak nak terpaksa lah balik wei...dah 'permaisuri' bagi arahannn...ikut laaa gayanya dayang-dayang..Eh2 budak-budak nie...dah jumpa sama sendiri, lagaknya macam orang tak jumpa berkurun lamanya...then sampai ke hari nie laa....asyik berkepit jerr bertigaa.....harap kekal lah begituu... Eheee same gakkk zaman kiter kanak-kanak duluu...kan3 .!!!!

                 Ending of the story, nak sentuhh moral sajaa lah... tak kiraa lah bagaimana cerita punn,bagaimana situasi sekalipon...kalau bab menghargai nie...kita kena thinking panjang-panjang...supayaa hari kelak kita bukan lah dari golongan orang yang menyesal... Setiap sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmah.
Terima kasihh.... :-)


19 Nov 2013

Imaginasi ~Bukan Sekadar Gambar



Ku soal pada hati apa makna sebuah kerinduan ini... Ku tatap senyumanmu di dalam gambar wajahmu.. Walau cuma sekadar gambar... Tersirat disebaliknya nama cinta kita... 
Tanyalah ombak rindu berapa kali ku seru namamu..

18 Nov 2013

Oh Tidak! Kena Operate Next Wednesday

Bismillahirahmanirrahim ... Today is Monday. Hari ni aku ade appointment dgn klinik gigi. So Pagi tadi pukul 9 pagi aku ke klinik gigi daerah rawang perdana... apabila hampir sejam menunggu, tibalah giliran aku. Ingatkan dah dapat cabut gigi yang sakit ni tapi doc cakap perlu buat operation kt bahagian gusi yang hujung ni... aku ingatkn doc tu hanya bergurau je.... lega bila dia cakap just kena buat miner operation je.. hurmm.. then doc tu bagi sepucuk surat untuk di rujuk kepada hospital besar Selayang. Ini kerana kes ni kena refer kpd doktor pakar. Hati yang lega ni kembali kerisauan apabila baca tulisan di sampul surat yang di berikan kepadaku... "Kepada : Pakar Bedah Mulut Hospital Selayang" terkejut bila baca... harap semuanya berjalan dengan lancar pada minggu depan 27 hb 11. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku ini... 


13 Nov 2013

~ Ingin Sekali Jadikanmu Halal Untukku ~

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasullullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali dan Fatimah Az-Zahra yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi Mu yang suci.

Ya Allah,

Andai semua ini tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami sebagai suami istri yang saling mencintai dikala dekat                              
Saling menjaga kehormatan dikala jauh, Saling menghibur dikala duka
Saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan
Saling menyempurnakan dalam ibadat kepada-MU.



باَرَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

8 Nov 2013

~Perjalananku Di Internship

Assalamualaikum pembuka bicara kepada anda para pembaca.. tulisan ini adalah sekadar memori yang tercoret di dalam buku hati ini , ku terjemahkan dengan sedikit idea pada ruang maya blog ini... 

Alhamdulillah... dah masuk bulan ke empat aku menjalani latihan internship di sini... tapi internship kt mana? Heheheh..  

"Di institut kemahiran mastura Rawang menjamin masa depan anda, tenaga mahir pemangkin negara maju..." saja nk buat iklan sikit.. cewaahh... So far banyak benda yg aku belajar di sini untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berkemahiran, berkaliber dan berwawasan tinggi.. 

Terlebih dahulu di kesempatan yang ada ni, berjuta bintang terima kasih ku utarakn kpd cikgu2 kt kolej Kemahiran Mastura ni kerana bnyk membantu dan memberi sokongan kpada aku.. Jazakallah khairan kathiro.. anda semua memg baik hati dan tidak kedekut ilmu... ucapan terima kasih diucapkan  kepada koordinator Jabatan IT, Mr. Mathan, Pembantu koordinator, Cikgu Ain dan pegawai2 penilai, cikgu farhana, cikgu siti, cikgu umi, cikgu zaimi. Anda semua banyak memberi tunjuk ajar kepada saya..thank so much... hahaha...dh mcm majlis perpisahan lak bagi ucapan mcm ni... hehe yg penting hatiku ikhlas to say that... tq again every body... 

Sepanjang tempoh 3 bulan aku berada di sini segala penat lelah ku tempuhi.. situasi di kolej ini boleh dikatakan selesa cuma tempat kediaman untuk pengajar kurang selesa sedikit.. biasa lah kn dah dpt tempt tinggal free.. dah kira okay la daripada tak der..apa2 pun aku bersyukur sangat2 sbb tak perlu susah payah nak cari rumah sewa... kalau dulu masa bulan pertama aku di sini, bertekad dan bersungguh untuk mencari rumah sewa.. tetapi apa kan daya susah nak cari rumah sewa yang murah dan berdekatan... terpaksa lah tinggal di asrama.. lama kelamaan aku dah boleh sesuaikan diri  dengan situasi begini... 

Kehidupan di rawang adalah berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di bandaraya Shah Alam.. dekat rawang ni tidak ada track joging yang luas dan tercantekk seperti mana terdapat di taman tasik shah alam.. so x dpt la merasa suasana joging yang di kelilingi flora yang segar dan nyaman seperti di Shah Alam.. :-(

(Ayat Seterusnya...) hehehe.. Terima kasih sir! Mr. Rajesh, Mr. Kanesan & Mr. Veeran. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama tetapi anda semua sentiasa menghormati sy..  sedangkn status sy hanyalah seorang budak intern .. terima kaseyyhh.. Walaupun semua ketiga2 watak mereka ni kelihatan garang tetapi perwatakan sebenar mereka adalah pelawak yg selalu membuat jenaka yg kadang2 lucu dan kadang2 tidak.... hahha... 

Berbalik kepada kehidupan di rawang, dekat sini suasana pekan dan bandarnya agak sibuk. Ini kerana di sini adalah pusat tumpuan perkilangan dan perindustrian... 

~to be continue... time to sleep now... Zzzz...

3 Nov 2013

Hari Yang Memenatkan

Bismillahirrahmanirrahim.


Fuh~

Penat gile!! Itu yang hanya mampu aku ungkapkan hari ini...

Tidak mampu lagi hendak berkata apa-apa.

Melainkan "fuh~".

Apakah di sebalik "fuh~" itu?

Fuh Penatnya tubuh badan, kaki ini kekejangan dan diri yang terkejar-kejar....Mana tidaknya.. penat sangat terkejar-kejar dari rawang menuju ke kuala lumpur... Di sebalik kegembiraan untuk pulang ke kampung tiba-tiba ada kemarahan dan rasa ketidakpuasan hati apabila tiket yang dibeli sebenarnya adalah PALSU... oh tidak! aku takkan percaya lagi... lain kali ku tak akan berurusan lagi dgn kauter tiket tersebut.. Tak Guna betul!... banyak auta la.. Geram... Arghh malas nk difikirkan lagi.... Syukur Alhamdulillah masih ada tiket bas tambahan untuk pulang ke kelantan petang ni... Sementara menunggu jam 2 petang tiba... Sempat lagi aku pusing-pusing sekitar PWTC.. First Time sampai kat PWTC. Luas kawasannya membuat aku tersesat mencari pintu keluar.

Mood: Excited nk balik kampung jumpa family & orang yang tersayang... :-)
* Nur Yasmin... Tunggu abg balik ye sayang...

19 Jul 2013

Antara Gunting, Pembaris & Seuntai Benang ~ Kita ada kisah di sebaliknya...

Salam Ramadhan 1434 Hijrah.

           Ketika hari itu, matahari  panas terik... Sang Mentari begitu menyengat, kau beri aku pemanis di hari ahad itu, masih teringat seperti baru sahaja kita bertemu di sebalik kisah itu...

      Ada kisah manis di sebalik benang & gunting ini.... pembarisnya hilang entah ke mana kan?..hehe tak pelah yang penting kita ada kisah penting ini... 
           7 haribulan 7... Ku jalani waktu itu sambil tersenyum manis... Walaupun cuaca hari itu, cuaca sangat panas namun panas itu seakan-akan sejuk bila kau hilangkan dahagaku dengan sebotol air mineral yang turut terasa manisnya walaupun ia sekadar air mineral.. sweet lorr... hehee...
        Di tambah pula dengan  wajah manis mu itu, maka jadilah hariku semanis manisan....❤♡♥   & Berpeluh-peluhan.... hehehe... nasib baik kan ada pak cik tu ... thanks pak cik sbb usaha tolong kami..... & yang paling penting hari tu menjadi pengajaran supaya berhati2 bila nk kunci pintu kereta tu... make sure jangan tertinggal lagi kunci kt dalam kereta... ~ Thank you... that's really sweet moment ❤  :-)



Tart Nenas From Someone Special ~

Salam Ramadhan 1434 Hijrah


Dear Miss NY, Thanks a lot for this special Tart Nenas Gulung....
♥ ❤ Tak sangka lak masa kita jumpa hari tu awak nak  bagi biskut tart ni kt sy...puasa pun belum lg tp da dapat biskut raya... hehe.. thanks so much... hurmm  tengok dari rupanya pun da sedap.. gebu je... hehe..tak sabar nk rasa, and then lepas hantar awak ke kereta awak, terus saya bukak & rasa keenakan biskut yang awak buat ni dalam keta.... Actually rasanya sgt sedap.. hingga menusuk kalbu.... dan saya makan dengan hati  yang berbunga bunga. ❤ ♡ ♥ ღ ❣ ❥ . hehe... terima kasih cinta hatiku... bila sampai rumah je terus saya letak kt dapur... kebetulan bila mama masuk ke dapur dan tnya dari mana datang biskut ni.. lantas terus sy memberi tahu mama, "kawan kita yang bagi ma...." ma pun  terus rasa.... hehe... & sudah semestinya mama pun puji ....~ hehe pandai NY buat... ♥ ❤  i really like this.. :-)