banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

8 Nov 2013

~Perjalananku Di Internship

Assalamualaikum pembuka bicara kepada anda para pembaca.. tulisan ini adalah sekadar memori yang tercoret di dalam buku hati ini , ku terjemahkan dengan sedikit idea pada ruang maya blog ini... 

Alhamdulillah... dah masuk bulan ke empat aku menjalani latihan internship di sini... tapi internship kt mana? Heheheh..  

"Di institut kemahiran mastura Rawang menjamin masa depan anda, tenaga mahir pemangkin negara maju..." saja nk buat iklan sikit.. cewaahh... So far banyak benda yg aku belajar di sini untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berkemahiran, berkaliber dan berwawasan tinggi.. 

Terlebih dahulu di kesempatan yang ada ni, berjuta bintang terima kasih ku utarakn kpd cikgu2 kt kolej Kemahiran Mastura ni kerana bnyk membantu dan memberi sokongan kpada aku.. Jazakallah khairan kathiro.. anda semua memg baik hati dan tidak kedekut ilmu... ucapan terima kasih diucapkan  kepada koordinator Jabatan IT, Mr. Mathan, Pembantu koordinator, Cikgu Ain dan pegawai2 penilai, cikgu farhana, cikgu siti, cikgu umi, cikgu zaimi. Anda semua banyak memberi tunjuk ajar kepada saya..thank so much... hahaha...dh mcm majlis perpisahan lak bagi ucapan mcm ni... hehe yg penting hatiku ikhlas to say that... tq again every body... 

Sepanjang tempoh 3 bulan aku berada di sini segala penat lelah ku tempuhi.. situasi di kolej ini boleh dikatakan selesa cuma tempat kediaman untuk pengajar kurang selesa sedikit.. biasa lah kn dah dpt tempt tinggal free.. dah kira okay la daripada tak der..apa2 pun aku bersyukur sangat2 sbb tak perlu susah payah nak cari rumah sewa... kalau dulu masa bulan pertama aku di sini, bertekad dan bersungguh untuk mencari rumah sewa.. tetapi apa kan daya susah nak cari rumah sewa yang murah dan berdekatan... terpaksa lah tinggal di asrama.. lama kelamaan aku dah boleh sesuaikan diri  dengan situasi begini... 

Kehidupan di rawang adalah berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di bandaraya Shah Alam.. dekat rawang ni tidak ada track joging yang luas dan tercantekk seperti mana terdapat di taman tasik shah alam.. so x dpt la merasa suasana joging yang di kelilingi flora yang segar dan nyaman seperti di Shah Alam.. :-(

(Ayat Seterusnya...) hehehe.. Terima kasih sir! Mr. Rajesh, Mr. Kanesan & Mr. Veeran. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama tetapi anda semua sentiasa menghormati sy..  sedangkn status sy hanyalah seorang budak intern .. terima kaseyyhh.. Walaupun semua ketiga2 watak mereka ni kelihatan garang tetapi perwatakan sebenar mereka adalah pelawak yg selalu membuat jenaka yg kadang2 lucu dan kadang2 tidak.... hahha... 

Berbalik kepada kehidupan di rawang, dekat sini suasana pekan dan bandarnya agak sibuk. Ini kerana di sini adalah pusat tumpuan perkilangan dan perindustrian... 

~to be continue... time to sleep now... Zzzz...

1 comment: