banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

20 May 2012

Bunga Untuk Kumbang

" Di antara bebunga yang mewangi di taman idaman , tangkai-tangkainya yang menjulang tinggi,tersaji mekar dengan keindahan warna-warninya,  jatuhlah pilihan sang kumbang pada sekuntum bunga yang indah dan menawan....."






Pada suatu hari, si kumbang yang masih single dan available terbang seekor2 tanpa hala tujuan.. hatinya berasa sedih yang teramat kerana baru saja ditinggalkan bunga... dulu hatinya selalu dihiasi bunga2 cinta, sekarang dah tak ada lagi dah.. kesiaaan... oleh kerana tak mahu kenang kisah lama, dia pun bersiar-siar...

tiba-tiba dia ternampak setangkai bunga yang macam pernah dia kenali dulu......

yaaaaa.... kumbang dah mula kembang dan kempis bila teringatkan si bunga yang dulu pernah menjadi teman sepermainan ... tapi mereka terputus hubungan dah berpa tahun lamanya... si kumbang tidak menegur terus kepada bunga tetapi dia pulang ke rumah..

setibanya di rumah, dia asyik berfikir tentang si bunga... kemudian dia mengambil laptop dan surf internet.. (kumbang pun la).. mana la tau, kot2 si bunga ada create FB.... hehe

YES!! ada " si bunga "... memang jodoh sudah kembali...hati kumbang dah berbunga kembali..weweeett...

Si bunga yang masih tak cam si kumbang sebab makin gelap, dia masih tertanya-tanya siapa yang add dia kat FB tadi tu.. dia pun tulis inbox...eh tinggalkan mesej kat inbox...

"salam, ni sape ek.. kwn lama sy ke?"

"hey, ni kumbangla.. x kenal ke??"

"kumbang?? erm..... ahhhh i seeee... kumbang kawan time kecik2 tu?? ya Allah... hidup lagi kau rupenya"

start dari situ, si kumbang dan bunga kembali rapat seperti mereka masa kecil dahulu.. ke mana sahaja selalu bersama.. waktu makan sama2, waktu main sama2.. semua sama2.. mereka makin lama makin rapat..maklumlah hampir 24 jam sehari mereka berbual dalam hp...(terer bunga boleh pegang hensettt)..

sampailah satu saat, si bunga menyimpan hati kat si kumbang tu tapi dia tak tahu nak bagi tahu macam mana, dia ada jugak bagi hint sikit2 tapi respon?? owh begitu mengecewakan... setiap kali si bunga bagi hint, setiap kali tu lah si kumbang mengelak macam tak suka macam tu... sampailah satu ketika si kumbang mendiamkan diri....si bunga rasa sakit hati dengan tindakan si bunga... tiba2 si kumbang memberi mesej kepada si bunga...dan hari tu hari yang tak kan dilupakan oleh si bunga kerana hatinya patah remuk sangat akibat kata2 dan perbuatan si kumbang padanya... ternyata, si kumbang sudah berpunya ketika mereka berkenalan..

bunga rasa sangat tertipu dan minta untuk tidak lagi bersahabat dengan kumbang... kenapa kumbang melayannya seperti seorang kekasih sedangkan dirinya sudah berpunya?? bunga rasa betul2 kecewa dengan kumbang... kumbang seboleh2 tak mahu putus sahabat dengan bunga dan menyatakan rasa kesal yang teramat kepada bunga...

Akhirnya bunga mengalah... dia terus berkawan dengan kumbang walaupun hatinya seperti dicincang2... mereka terus berkawan tapi akhirnya bunga mengundur diri... dia menyepi... lama...si kumbang mencari si bunga di merata-rata tempat tapi bunga tak kelihatan.. bunga betul2 patah hati... si kumbang rasa bersalah atas perbuatannya... dia tak putus memberi mesej kepada bunga.. satu pun bunga tak reply...

apabila hati bunga betul2 sembuh... barulah bunga kembali berkawan sperti biasa dengan kumbang dengan tiada perasaan langsung... dan selepas itu, bunga bertemu dengan belalang yang sangat baik dengan bunga sampailah satu hari, si belalang cuba untuk memikat si bunga... bunga rasa selesa sangat dengan si belalang.. pada masa yang sama, si kumbang selalu datang berjumpa dengan bunga seperti tak mahu berpisah... bunga yang berfikir si kumbang sudah berpunya, menganggap dia tidak lebih dari seekor kawan...

lama kelamaan, perasaan si bunga kepada si kumbang berputik lagi... banyak kali si bunga cuba untuk menafikan dan berkali2 dia menyatakan dia akan memilih si belalang... sampailah satu hari tu, si kumbang berterus terang dengan si bunga akan perasaanya... dan si bunga menerima..... tapi pada masa yang sama, si bunga takut kalau2 peristiwa dulu berulang kembali... hati bunga memang untuk kumbang... bunga tak tahu kenapa dia boleh mudah menerima cinta si kumbang sedangkan sebelum ni dia menolak banyak cinta dari si siput la, si kerang la, si kepah la tapi dengan si kumbang?? yang dah sakitkan hati dan patahkan hati dia, begitu mudah untuk dia terima.. bunga sendiri tak pasti...

akhirnya, bunga dan kumbang hidup bahagia selepas itu...

2 comments:

  1. sebagai bunga sy xnak plih kumbang tersebut..huhu

    ReplyDelete
  2. Nice story.. Kumbang tu sama kat blog sayaa. HiHiHi. :)

    ReplyDelete