banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

14 Aug 2011

Boy & Girl

BOY: A, B, C
GIRL: What?
BOY: Always Be Careful
GIRL: aha then?
BOY: D, E, F, G
...Girl : ??
BOY: Don't Ever Forget That
GIRL: ForGet That
BOY: I'm H, I
Girl: What H, I ?
BOY: Happilly Inlove
GIRL: so
BOY: J, K, L, M, Just Keep Loving Me
GIRL: and how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z ?
BOY: No Other Person Quite, Reasonable, Shall Treat U Very Well Xcept me You'll
Zee

13 Aug 2011

Kucing oh Kucing

kucing jantan : Kita berpisah !
kucing betina : Apa ?

kucing jantan : Sebenarnya awak bukan kucing betina !
kucing betina : Apa maksud awak ?
...
kucing jantan : Perempuan mana ada misai .
kucing betina : ....... =.=''

24 May 2011

Ada macam2 Jenis Komputer Server


i.Enterprise Server
Pengenalan:
Enterprise Server adalah satu server yang melaksanakan tugas ±tugas penting dalam organisasi
yang besar.
Kegunaan:
Kegunaan Enterprise Server adalah seperti web server, server untuk mencetak dan juga seperti
pangkalan data untuk syarikat.
Operasi:
Perisian server mempunyai kebolehan untuk meminta status data dalam sesuatu peranti yangtertentu dalam masa yang diberikan . Antara muka yang mengandungi control commands yangdipasang pada enterprise server bagi membolehkan pelanggan memulakan pengubahsuaianuntuk antara muka konfigurasi-konfigurasi semasa operasi enterprise server.
Enterprise server mengandungi control commands yang membolehkan pelanggan melakukan
pengubahsuian untuk perisian aplikasi untuk server semasa operasi enterprise server.
Keupayaan
  • Enterprise server berupaya untuk melakukan lebih dari satu tugas.
  • Enterprise server berupaya untuk melakukan aplikasi jenis OLTP (online transactionprocessing).
  • Enterprise server berupaya untuk melakukan pelbagai aplikasi seperti OLTP,batch,Javadan lain-lain lagi .
  • Enterprise server adalah efisyen kerana ia boleh menjalankan banyak aplikasi dengansistem arkitektur yang mudah dikenali berbanding sistem sistem lain yang didekasikanuntuk hanya satu applikasi.
ii.Network Super Server
Pengenalan :
Ia juga dikenali dengan service dispatcher dan adalah sejenis daemon yang biasanya dilarikan
dalam sistem seperti Unix.
Kegunaan:
Ia menghidupkan server lain apabila diperlukan.biasanya dengan akses kepada server itu melalui tcpd.
ia menggunakan sumber yang amat sedikit apabila ia dalam keadaan leka.Ia sesuai untuk workstation untuk pembangunan local web, pembangunan client/server atau trafik rendah daemon dengan penggunaan yang jarang-jarang seperti ident atau SSH.
Operasi:
Sebuah server yang mengawal server-server lain yang terdiri daripada setiap server yang
mempunyai berlainan fungsi .
Keupayaan
 Terdapat sedikit kelewatan dalam penyambungan, oleh itu apabila dibandingkan dengan anakpelayan-pelayan, satu setup ‘ super server mungkin tidak begitu pantas dalam percubaan tindak balas penyambungan, terutama apabila di bawah muatan yang besar. Beberapa server, seperti hpa tftpd, oleh akan mengambil alih soket dan mendengar pada diri sendiri bagi tempoh masa tertentu, meramalkan connection yang akan datang.
iii.Distributed Server
Pengenalan:
Distributed Server juga dikenali sebagai Client-Server Networks.Di dalam persekitaran client-server seperti window NT dan Novell NetWare,fail disimpan di dalam fail server pc berkelajuantinggi yang utama ,untuk disediakan kepada PC pengguna.
Kegunaan:
Hampir semua network service seperti printing dan email adalah melalui fail server yangmana
membenarkan tugas-tugas network boleh dijejaki.
Operasi.
Jika pc A hendak berhubung dengan pc B.ia mestilah melalui fail server.mesej akan dihantar dari
pc a kepada fail server,kemudian fail server akan memeriksa destinasi mesej itu,sebelum ia
dihantar kepada pc B itu.
Keupayaan:
network segment yang tidak efisyen dapat diperbaik dengan dan menjadikannya lebih pantas,dan
aktiviti pengguna dapat diperhati secara dekat.
Publik data dan aplikasi disimpan dalam server fail,di mana ia akan dilarikan daripada pc
pelanggan, yang mana menambahbaik perisian aplikasi lebih mudah, pentadbir rangkaian secara
mudah dapat menambahbaik aplikasi yang disimpan dalam server fail, daripada menghabiskan
masa pergi ke setiap pc pelanggan untuk menambahbaikkannya.
iv.Network Computer Server
Pengenalan:
Peer to peer membolehkan pengguna untuk menyambungkan dua atau lebih computer untuk
berkongsi sumber. Sumber sumber individu seperti CD rom, cakera keras, scanner dan pencetak
ditukarkan menjadi sumber yang boleh dikongsi bersama-sama dalam satu rangkaian .
Kegunaan:
Boleh berkongsi sumber
Boleh menukar sumber±sumber individu kepada sumber yang boleh dikongsi bersama
Operasi
Setiap computer boleh bertindak sebagai server dan client bagi mencapai sesuatu sumber.Sumber tersebut dihantar secara terus tanpa memerlukan server-server lain bagi bertindaksebagai perantaraan.
Keupayaan:
  • Tidak memerlukan pengendali rangkaian
  • Rangkaian yang laju dan tidak mahal untuk dikendalikan
  • Setiap komputer boleh melakukan backup copy sendiri untuk tujuan sekuriti
  • Peer to peer adalah rangkaian paling mudah dibina untuk kegunaan rumah ataupun pejabat
v.Web-Based Application Server
Pengenalan:
1.Sebuah program komputer yang bertanggungjawab menerima permintaan HTTP dari client (seperti browser web), dan membalas semula HTTP respons dan juga kandungan data,yangmana biasanya ialah halaman web seperti dokumen HTML dan objek yang mempunya talianseperti gambar
2.Sebuah komputer yang melaksanakan program seperti di atas.
Kegunaan:
Ia boleh digunakan sebagai satu tapak bagi pengguna untuk membangunkan laman web yang
membolehkan pengguna lain mendapat capaian keatasnya
Operasi:
Path translation:
Web server mampu halakan komponen URL kepada :
  • sumber fail sistem local (untuk permintaan statik)
  • nama program dalaman atau luaran (untuk permintaan dinamik)
Keupayaan:
Web server dapat menyimpan segala fail fail penting yang terdapat pada sesuatu laman web.Contohnya,kod pengaturcaraan bagi membangunkan satu website. Setelah perhubungan telahdilakukan, browser akan meminta data daripada web server, menggunakan HTTP, server ituakan menghantar kembali data kepada browser tersebut. Browser itu akan menukar formatdaripada bahasa mesin ke bahasa yang difahami untuk dipaparkan ke browser tersebut.

10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer


Berapa jam anda berada di depan skrin komputer setiap hari, siang dan malam?
Kini, penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop.
Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih.
Di sini dipaparkan 10 tips penjagaan mata yang berguna kepada pengguna komputer dari sumber ini (dengan sedikit editing):
1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata.
Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.
2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja.
Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.
Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.
5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.
Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.
Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.
Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.
10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat.
Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.