banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

30 Jul 2012

DNS SERVER

Domain Name System (DNS) adalah Distribute Database System yang digunakan untuk pencarian nama komputer (name resolution) di rangkaian yang menggunakan TCP/IP. DNS merupakan sebuah aplikasi service yang biasa digunakan di internet seperti web browser atau e-mail yang menerjemahkan sebuah domain ke IP address.




Rajah 1.1 Konsep DNS


1.    Fungsi DNS

 DNS menterjemahkan nama komputer kepada nombor IP address (menukarkan nama komputer menjadi IP address). DNS boleh digunakan pada intranet dan internet

1.1 Kelebihan DNS


      Alamat yang mudah : DNS sangat mudah kerana user tidak lagi disusahkan untuk   
                                mengingat IP address sebuah komputer,
      Konsisten :                    IP address sebuah komputer boleh berubah, tapi host name tidak boleh 
     Konfigurasi yang mudah : DNS server mudah untuk dikonfigurasikan (bagi admin).


1.2 Domain Name System

DNS (Domain Name System: Sistem Penamaan Domain) adalah sebuah sistem yang menyimpan informasi tentang nama host dan nama domain dalam rangkaian komputer, Sebagai contoh: Internet. DNS menyediakan alamat IP untuk setiap nama host dan setiap mail exchange server yang menerima email untuk setiap domain.

DNS menyediakan servis yang cukup penting untuk Internet, apabila komputer dalam rangkaian internet bekerja dengan alamat IP untuk mengerjakan tugas seperti pengalamatan(routing), secara umumnya nama host dan nama domain digunakan, contohnya adalah penunjukan sumber universal (URL) dan alamat e-mail. DNS menghubungkan kefungsian ini.


1.3 Resolver

Suatu resolver memperlengkapi client dengan informasi alamat tentang komputer-komputer lain pada rangkaian. Fungsi resolver adalah untuk menyampaikan permintaan nama di antara aplikasi dan name server. Permintaan nama mengandungi suatu pertanyaan, misalnya alamat IP pada laman web.





  
Rajah 1.2 DNS Resolver & Name Server




1.4 Name Server


Suatu server nama memuatkan informasi tentang alamat komputer-komputer lain pada rangkaian. Informasi ini dapat diberikan ke komputer-komputer client yang melakukan suatu permintaan ke server nama. Apabila server nama tidak mampu memenuhi permintaan itu, maka server nama meneruskan permintaan itu ke server nama yang berbeza. Server nama dikelompokkan menjadi level-level yang berbeza yang dinamakan domain. Suatu domain adalah sekelompok komputer dalam rangkaian yang besar.





Rajah 1.3 Struktur DNS





2.    Cara Kerja DNS

DNS Bekerja dengan  Konsep Klien Server iaitu sebuah komputer yang menjalankan fungsi server. Ia di sebut "DNS Server atau nameserver" dan komputer-komputer lain yang meminta penterjemahan dari nama host ke alamat IP di sebut "Klien DNS".

Struktur hieraki pangkalan data DNS adalah seperti direktori struktur hieraki direktori di operasi sistem Linux. Seluruh pangkalan data DNS digambarkan sebagai struktur Sebuah pohon (pokok) di mana pada puncaknya disebut nod. Setiap nod di dalam pokok tersebut mempunyai Place (label) contohnya :.org, .com, .edu, .my dan sebagainya.

DNS boleh dianggap seperti buku telefon internet dimana apabila pengguna melayari  www.1malaysia.com.my di pelayar  web maka pengguna akan diarahkan ke alamat IP 202.81.92.144 (IPv4) atau 2001:e00:d:10:3:140::83 (IPv6)



2.1 Caching And Time To Live


Sistem seperti DNS mempunyai permintaan yang besar dari seluruh rangkaian, Oleh itu, perancang DNS menginginkan penyediaan mekanisme yang boleh mengurangi beban dari setiap server DNS. Secara konsepnya, ketika sebuah DNS resolver (klien) menerima sebuah jawapan dari DNS Server, informasi tersebut akan di cache untuk jangka waktu tertentu.  Time To Live (TTL) memainkan peranan untuk mengekalkan rekod pertanyaan klien. TTL adalah sebuah nilai yang di-set oleh administrator dari server DNS. Apabila jawapan  telah masuk ke dalam cache, resolver akan memberi respon kepada jawapan yang disimpan di cache tersebut dan seterusnya resolver menghubungi server DNS untuk informasi yang sama.




KESIMPULAN
DNS adalah sistem daripada kaedah carian host name terhadap IP address di Internet. DNS client (resolver) menghantar queries ke Name Server (DNS). Name Server akan menerima permintaan dan memetakan nama komputer ke IP address. Domain Name Space adalah pengelompokan secara hirarki yang terbahagi kepada root-level domains, top-level domains, second-level domains, dan host names.

No comments:

Post a Comment