banner

banner

Promotion

PROMOSI JUN 2015. VITAMIN C..(BELI 6 PERCUMA 1), VITAMIN E. (BELI 6 PERCUMA 1), VITALEA KID (BELI3 PERCUMA 1), VIVIX YES PACK (2 BOTOL).REBUTLAH KETIKA PROMOSI. ------

5 Jun 2012

Lelaki merajuk? kena pujuk ker?? (~_~)



Biasanya sebab utama lelaki merajuk ialah bila mana berlakunya perselisihan faham antara dia dengan pasangannya. Mugkin disebabkan  ketidakpuasan hati lalu mengambil keputusan untuk menyendiri atau merajuk dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa kebingungan dan tertanya2 kenapa tiba2 nak merajuk? Perkara ini bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan soalan- soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Ni antara cara yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. 
1. Lelaki perlukan ruang untuk bersendirian
Berikan masa untuk pasangan anda menenangkan fikirannya. kesan daripada gangguan emosi, dia sememangnya perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca yang membawa kepada masalah tersebut? Perlukah dia merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia ambil selesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang menjadi tanda tanya dalam dirinya.
2. Lelaki sentiasa memerlukan sokongan
Jika anda betul-betul seorang pasangan yang memahami ,  sentiasa berikan sokongan yang  diperlukan. 
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk dan fikiran tengah bercelaru, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini boleh membuatkan dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Sebaik-baiknya anda hendaklah mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Sementara dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari blog mengenai cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit dan sebagainya. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu







p/s : to miss chocolate, pernyataan di atas adalah sebaliknya kn,,, kalau mr.ammy merajuk senang je kn nk pujuk balik kn... hehehe...btul x?

No comments:

Post a Comment